SEGAK – STANDARD KECERGASAN FIZIKAL
KEBANGSAAN
APAKAH SEGAK?
# PROGRAM
PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)
# DIRANCANG
SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.
MATLAMAT
# MURID
SENTIASA PEKA, BERPENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN AKTIVITI KECERGASAN UNTUK
MENINGKAT DAN MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL YANG OPTIMUM.
UJIAN-UJIAN SEGAK
1. NAIK TURUN
BANGKU ( 3 MINIT )
2. TEKAN TUBI ( 1
MINIT )
3. RINGKUK TUBI
SEPARA
4. JANGKAUAN
MELUNJUR
UJIAN MESTI
DI SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA!
UJIAN 1 - NAIK TURUN BANGKU
(3 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR DAYA
TAHAN KARDIOVASKULAR
PROSEDUR
- Murid memakai
kasut sukan yang sesuai
- Murid berdiri
tegak dengan kaki kanan atau
kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas
bangku.
- Penguji akan
memberi isyarat “mula”
- Murid melakukan
pergerakan naik dan
turun (kaki kiri naik di ikuti kaki kanan
kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan)
- Murid melakukan
pergerakan mengikut
rentak rakaman atau metronome - 96
detik/minit selama 3 minit
- Selepas tamat
murid dikehendaki duduk
serta merta
- Kira kadar nadi
selepas 5 saat tamat
perlakuan - kiraan dilakukan oleh guru atau
menggunakan Polar Heart Rate Monitor
- Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit
- Jika murid tidak menamatkan lakuan selama
3 minit, skor murid ini
dibatalkan#
UJIAN 2 - TEKAN TUBI
(1 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR
KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU
PROSEDUR
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
dengan berat badan disokong oleh
tangan
yang lurus dan dan
jari-jari kaki. Badan
diluruskan
- Turunkan badan
dengan membengkokkan
siku sehingga dada menyentuh span
- Luruskan tangan
seperti dlm kedudukan
sedia
- Tekan tubi
diteruskan sehingga murid tidak
berupaya meneruskannya
- Ujian akan
ditamatkan jika murid tidak
melakukan aktiviti secara sempurna
mengikut arahan 1 hingga 3
- Murid B mengira
dan merekod bilangan
lakuan Murid A
UJIAN
2 - TEKAN TUBI SUAIAN (1 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR
KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU
PROSEDUR
- Mula
dengan kedudukan sokong hadapan
dengan berat badan disokong oleh tangan
yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki
bersilang. Badan diluruskan
- Turunkan badan
dengan membengkokkan
siku sehingga dada menyentuh span
- Luruskan tangan
seperti dlm kedudukan
sedia
- Tekan tubi
diteruskan sehingga murid tidak
berupaya meneruskannya
- Ujian akan
ditamatkan jika murid tidak
melakukan aktiviti secara sempurna
mengikut arahan 1 hingga 3
- Murid B mengira
dan merekod bilangan
lakuan Murid A
UJIAN 3 - RINGKUK TUBI SEPARA
(1 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR DAYA
TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN
PROSEDUR
- Ujian ini dijalankan dengan murid memakai
kasut yang sesuai
- Murid A
berbaring dgn lutut bengkok 90
darjah dan tumit dan kaki
sentiasa
menyentuh
lantai
- Buka kaki
seluas bahu
- Kedua-dua
belah tangan lurus di sisi dan
hujung jari menyentuh bahagian
luar pelekat
pertama
- Pada
setiap lakuan ringkuk, bahu perlu
diangkat supaya jari tengah
kedua-dua
tangan menyentuh bahagian luar
pelekat
kedua
-Bahagian
bawah belakang badan hendaklah
rata dan jari tengah pada kedudukan asal
(ulang prosedur 4)
sebelum melakukan
ulangan
yang seterusnya
- Murid
melakukan pergerakan mengikut
rentak rakaman atau metronome dengan
kadar 50 detik/minit selama 1
minit
- Murid B
mengira ulangan perlakuan
Ujian akan
ditamatkan sekiranya murid A
- Berasa tidak selesa
- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua
- Tumit terangkat
UJIAN 4 - JANGKAUAN MELUNJUR
TUJUAN :
MENGUKUR FLEKSIBILITI
PROSEDUR
- Murid duduk
melunjur tanpa kasut.
- Tumit kaki di
letak di belakang penanda 23
sentimeter.
- Kedua-dua kaki
lurus sepanjang masa ujian.
Rakan memegang lutut.
- Tapak tangan
kanana ditindih di atas belakang
tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari
tengah hendaklah sama.
- Dagu rapat ke
dada. Jangkaukan tangan
perlahan-lahan sejauh yang
mungkin atas pita
pengukur.
- Jangkauan
hendaklah dikekalkan selama 3 saat
tanpa menyentap.
- Murid diberi tiga
percubaan berturut-turut.
– Percubahan
terbaik diambil kira sebagai skor.
Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
- Tidak perlu
merekod dalam titik perpuluhan.
- Murid yang
membantu memegang lutut pelaku
tidak menganggu pelaku.
No comments:
Post a Comment