LATIHAN LITAR
Latihan
litar ialah salah satu daripada kaedah latihan yang selalu digunakan untuk
menguji kecergasan fizikal. Latihan ini telah diperkenalkan oleh R.E.Morgan dan
G.T. Adamson pada tahun 1953 di Universiti of Leeds, England. Latihan
litar merupakan latihan yang melibatkan stesyen-stesyen tertentu dan dilakukan
dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Satu litar telah dilakukan jika pelaku
telah melakukan semua aktiviti. Latihan ini adalah latihan di mana peserta
melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar. Jumlah
aktiviti yang dipilih adalah di antara 8 hingga 12 yang mana melibatkan
otot-otot yang berlainan.
OBJEKTIF LATIHAN
1.
Meningkatkan daya tahan otot
2.
Meningkat dan melatih keupayaan anaerobik
dan aerobik
3.
Meningkatkan kederasan, ketangkasan dan
kelembutan
4.
Membina daya tahan kardiovaskular.
RASIONAL
1.
Latihan berasaskan prinsip lebihan beban
2.
Tidak memerlukan alatan dan ruang yang
banyak
3.
Jangka latihan singkat
4.
Aktiviti boleh dipelbagaikan mengikut
kesesuaian
5.
Memberi kebebasan kepada individu berlatih
mengikut kemampuannya
6.
Keputusan cepat diperolehi.
PRINSIP LATIHAN
1.
Aktiviti yang dipilih bersesuaian dengan
objektif
2.
Kaedah perlakuan mestilah betul dan
diselaraskan
3.
Aktiviti disusun supaya tidak bebankan
kumpulan otot yang sama
4.
Peserta melakukan aktiviti secara
berterusan
CONTOH AKTIVITI
1.
Tekan tubi
2.
Bangun tubi
3.
Lari ulang alik
4.
Burpee
5.
Skipping
6.
Lompat selang seli (alternate split jump)
7.
Jack knife
8.
Angkat kaki
No comments:
Post a Comment